Tuesday, January 31, 2006

cinta

aku dah berumur 22 tahun 3 bulan lebih sikit. tapi masih takde awek atau special. sebab apa? sebab aku malas nak fikir... apatah lagi banyak contoh orang yg bercinta tak secerah yang mereka impikan, tak secerah yang mereka angan2kan... walaupun ada yang bahagia.. tapi, dalam cinta2 ni aku nampak yang buruk dulu.... tapi aku sangat2 suka kalau orang berkahwin... tak payah bercinta dulu pun takpe... idealnya pada aku, nakkan cinta selepas kahwin... tapi ntah dapat ntah tidak, tak tahu. dulu bila sebut 'cinta', terbayang wajah2 budak2 sekolah. betapa seramnya bila tengok orang yang dah kemaruk bercinta. menimbulkan perasaan takut... takut aku jadi macam tu... ditambah dengan rasa geli pada perkataan2 yang aku rasa hanya sesuai dibahasakan antara suami-isteri... lanjutan dari rasa cinta, ada yang melewati batas hubungan... dan seterusnya... ... ...

dah tentulah, tak semua orang yang bercinta macam tu. tapi kerana natijah cinta yang aku nampak negatif belaka, aku tak teragak2 untuk berasa janggal bercinta... kerana takrif cinta yang aku nampak buruk... tak masuk kepala aku. cinta yang aku nampak rata2nya lebih berlandas nafsu...

kemudian bila habis sekolah tersua pula dengan cinta yang bersepuh islam... pada dasarnya aku tak berapa nampak dan tak berapa dengar tentang cinta jenis ini... jadi aku tak mahu komen. tak dinafikan kerana bentuk cinta ini, pandangan aku tentang cinta semakin kurang negatifnya.

p/s: cinta dalam konteks post ini ialah cinta antara lelaki dan perempuan.

aku nak kongsi satu artikel yang aku terjumpa kat blog orang lain (tak ingat siapa)

artikel ni yang menggerakkan hati aku nak menaip post ni.